top of page


Selamat Datang
KOKURIKULUM AKADEMIK BAHASA
UNIT KOKURIKULUM JPPP


Aktiviti Kokurikulum Akademik merupakan cabang pembelajaran yang telah diterapkan dalam diri setiap pelajar sejak dari awal persekolahan lagi. Bidang ini secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar berdasarkan prinsip disiplin dan elemen pengaruh baik rakan dan persekitaran aktiviti itu sendiri.
Di Malaysia, aktiviti Kokurikulum Akademik ini adalah dibawah naungan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan diselia oleh Unit Kokurikulum dan Kesenian.
Kokurikulum Akademik berkait rapat dengan pembelajaran para pelajar kerana ia menekankan aspek penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang tepat. Secara tidak langsung, ia mendorong penggunaan kosa kata, tatabahasa, sintak dan pelbagai fungsi bahasa yang sesuai dalam setiap perbualan dan penulisan para pelajar seluruh negara.


bottom of page